Presiden Volodymyr Zelenskyy dalam ucapan harian pula berkata, Ukraine dan Amerika Syarikat bersetuju bahawa Rusia mesti dikalahkan pada tahun ini.<br /><br />Dalam lawatannya selama lima jam ke Ukraine sebelum berada di Poland, Presiden Joe Biden menasihatkan Zelensky mengenai strategi dan langkah seterusnya dalam menangani kemaraan tentera Rusia.<br /><br />Ia bagi memastikan, Rusia dapat ditewaskan dalam perang yang sudah berlanjutan hampir 365 hari.
